Selasa, 23 Agustus 2011

Teknik SEO Blogspot

Teknik seo bagaimana yang di guna pakai sekarang? Sedikit tips yang mudah berkesan jadi panduan juga teknik seo white hat seimbang bagi blogger.





Tidak tertumpu pada teknik seo blogspot. Tapi untuk semua blogger yang guna pelbagai platform. Ramai yang salah tanggapan bahawa bermain teknik seo adalah blogger yang nak popular, gila trafik, atau nak kejar duit sahaja. Jujurnya aku tidak berapa setuju dengan presepsi cetek begitu yang tak tahu di lihat dari sudut mana.



Tips teknik seo lengkap ni hanya boleh di terima untuk blogger yang masih di level 1 atau 0 macam aku agar boleh berdiri sama tinggi dalam persaingan dengan webmaster lain merebut posisi baik di SERP google. Untuk level PR yang dah tinggi dan memiliki networking besar tidak perlu buat begini pun masih mampu memberi saingan di SERP google.


Misi



  1. Latih diri menghasilkan entri yang di anggap berkualiti oleh oleh google.
  2. Memastikan semua artikel berada di first page @ muka hadapan google. 
  3. Seimbangkan fokus teknik seo dengan pergaulan sosial / silaturahim dengan rakan blogger lain.
  4. Menjemput trafik dari search engine dan dari blog rakan-rakan.


Teknik seo on page
Teknik seo on page adalah perkara paling perlu di titik beratkan kerana tiada set yang baik dalam blog kita (on page) tetap kurang tenaga anjakan entri kita di SERP nanti walau macam mana power pun teknik seo off page kita amalkan.



Point penting untuk teknik seo on page :


  1. Pilih template yang mesra seo dan jika boleh mesra pengguna sekali. Memudahkan crawler dan pengguna (sekali je set up).
  2. Sebaiknya template itu telah set up style meta tag yang mantap, heading tag yang memenuhi kriteria seo, element tambahan yang mempengaruhi teknik seo kita (sekali je set up).
  3. Menghasilkan post artikel yang berkualiti dengan format penyusunan perenggan, font dan lainnya. Selain itu  artikel biarlah kelihatan relevan tidak berunsur spam (amalan tiap kali menulis artikel).
  4. Kontrol link keluar dari blog, jangan berikan banyak link keluar berbanding link masuk (backlink).
  5. Keyword density yang relevan di pasang mengikut jumlah % yang betul dan pastikan keyword tidak terlalu banyak ulang. Letak lah target keyword di posisi tumpuan crawler (jadikan garis panduan tiap kali menulis).
  6. Memilih target keyword yang bukan dalam kemampuan usaha dan kerajinan diri. Jika target itu tinggi pertaruhannya di search engine, kita kena lah usaha lebih mencipta popularity off page (lagi-lagi kita tiada networking backlink dan blog baru yang belum punya pagerank). Boleh ambil risiko, sebab jika rajin tetap boleh pintas saingan lain. Kalau malas, pilih je yang kurang saingan macam aku pernah cerita dekat link cara mempengaruhi google ini.
  7. Relevan - ianya unsur penting bagi google. Jika berikan anchor link, pastikan text adalah releven dengan link yang di tuju. Seperti linking yang aku buat di atas 'cara mempengaruhi google' tu. Jika membuat tajuk artikel, biar lah releven dengan content dan keyword artikel (jangan tajuk lain, artikel langsung takde kaitan, keyword memang ke laut).


Teknik seo off page
Teknik seo off page adalah satu cara membantu kita 'menggerakkan' kedudukan entri kita di posisi search engine kepada lebih baik. Mungkin asalnya artikel kita berada di muka surat ke 30 google, so ini boleh membantu artikel kita berada di muka depan google (top 1 pun boleh).


Mungkin jika keyword yang kita target menjadi ranking itu kurang saingan, tidak gunakan off page pun senang-senang je artikel kita berada di muka surat depan google. Tapi jika saingan terlalu banyak dari webmaster yang ber- pagerank tinggi, disini lah kita kena melawan popularity backlink webmaster ber- pagerank tinggi itu agar dapat memintas ke posisi lebih baik.


Teknik membina popularity backlink :


  1. Gunakan anchor text yang relevan dan yang di target dalam search engine menjadi ranking sebagai backlink. Rujuk di link [ maksud anchor text backlink ].
  2. Standby 3-4 atau lebih blog lain yang aktif dan di index google sebagai dummy blog. Fungsinya adalah membantu kita berada di muka hadapan google dengan memberikan sokongan backlink popularity untuk single artikel atau pagerank blog.
  3. Gunakan web 2.0 yang baik sebagai link building.
  4. Gunakan apa juga site yang boleh mengizinkan kita membuat anchor text backlink (bukan letak URL).
  5. Sebaiknya cari dofollow site ber pagerank tinggi untuk tinggalkan anchor text backlink.
  6. Nofollow dari site ber- pagerank tinggi masih sangat membantu,
  7. Ping servis manual (tolong jangan gunakan software auto ping dan bulk ping ke banyak site.gunakan manual sendiri sebab google boleh detect. Ianya boleh buat entri tidak di index sebab nampak tidak natural).
  8. Komen blog rakan blogger yang dofollow commentluv atau pun lainnya. Nofollow pun takpe ianya membuatkan backlink kita nampak bervariasi dan natural.
  9. Take note : bukan semua perkara di atas perlu di buat. Kadang-kadang kita buat sedikit je dari senarai dia atas, tengok artikel kita dah ada di top 1 muka surat depan google. 
  10. Take note : Google suka pada natural backlink. Dimana dia nak backlink yang kita dapat tu di berikan oleh masarakat lain di luar sana (mention artikel/blog kita) sebab blog kita berguna dan berkualiti. Namun semua itu kita boleh buat sendiri dengan cara di atas agar mendapat kepercayaan di search engine. Bagi nampak kerja off page kita tu natural, ibarat kita yang buat backlink, tapi nampak macam orang lain yang mention artikel / blog kita (teknik penting di sini).


Teknik seo yang seimbang
Bermain dengan teknik seo, kita boleh mendapat visitor organik. Tapi belum tentu trafik itu akan bertegur sapa  komunikasi melalui blog kita. Ini agak membosankan jika tiada kawan bukan? so jangan lupakan kepentingan rakan blogger itu. Apa yang bersistematik dan memudahkan di sini adalah. Amalkan teknik seo seimbang di bawah :-


  1. Publish artkel.
  2. Ping artikel yang baru di publish (memberitahu crawler dan rakan blogger bahawa kita update blog).
  3. Singgah satu persatu blog rakan-rakan . Disini mungkin kita ada senarai, bloglist, atau boleh manfaatkan komen terbaru. Balas kunjungan mereka dengan ke blog mereka semula bagi mengekalkan silaturahim.
  4. Dengan cara no.3 automatik kita dapat backlink untuk teknik seo dari komen sekali gus budaya yang baik untuk silaturahim sesama blogger yang berkekalan.
  5. Ianya juga boleh meningkat kemeriahan komen entri masing-masing yang baru di update.
  6. Dah habis komen mesra-mesra huhahuha baguslah kita tidak sombong dan ada rakan blogger. Lepas 3-4 jam check kedudukan entri di google ada page berapa. Jika masih kurang puas hati, gunakan lain lagi teknik sokongan seperti aku senaraikan dari list teknik seo off page di atas.
Teknik seo blogspot atau platform lain (semua boleh manfaatkan) untuk off page dan on page. Pastikan tiap artikel baru kita update ada di muka depan google dahulu baru update artikel lain.

Sumber: forblogger.net

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Berita Unik